Saturday 19 January 2013

Pelan Pembagunan Gugusan Manjoi hanyalah semata gula-gula politik...

Semakin kita membicarakan soal kegagalan Pelan Pembangunan Gugusan Manjoi semakin kita mendapatkan jawapannya. Iaitu, Orang Melayu hanya elok duduk di rumah dan tak buat apa-apa manakala belia Melayu lebih elok sahaja menjadi penganggur dan pemain jack-pot di lambakan kedai-kedai yang sedemikian seperti cendawan tumbuh kini....

Dahulu anak Manjoi gemar bermain muzik sehingga menjadi pencetus kepada Battle Of  The Bands... Kini, segala usaha pembangunan jatidiri anak muda Manjoi hanya bersifat terpilih.

Begitu banyaknya Gelanggang Rakyat bukannya untuk kegunaan ramai. Ianya khusus untuk mereka yang sokong UMNO sahaja.

Anak muda sedar akan sekatan yang dibuat. PRU semakin hampir dan undi akan dipangkah. Untuk siapa? Untuk pemimpin yang mahu memimpin seluruh jelata sahaja.

No comments:

Post a Comment