Saturday 19 January 2013

Pelan Pembagunan Gugusan Manjoi hanyalah semata gula-gula politik...

Semakin kita membicarakan soal kegagalan Pelan Pembangunan Gugusan Manjoi semakin kita mendapatkan jawapannya. Iaitu, Orang Melayu hanya elok duduk di rumah dan tak buat apa-apa manakala belia Melayu lebih elok sahaja menjadi penganggur dan pemain jack-pot di lambakan kedai-kedai yang sedemikian seperti cendawan tumbuh kini....

Dahulu anak Manjoi gemar bermain muzik sehingga menjadi pencetus kepada Battle Of  The Bands... Kini, segala usaha pembangunan jatidiri anak muda Manjoi hanya bersifat terpilih.

Begitu banyaknya Gelanggang Rakyat bukannya untuk kegunaan ramai. Ianya khusus untuk mereka yang sokong UMNO sahaja.

Anak muda sedar akan sekatan yang dibuat. PRU semakin hampir dan undi akan dipangkah. Untuk siapa? Untuk pemimpin yang mahu memimpin seluruh jelata sahaja.

Monday 14 January 2013

Jom Hadir Ke Malam Kebangkitan Rakyat di Rumah Ustaz Rivai pada 18.1.13 (Hari Jumaat)

Jom Hadir Ke Malam Kebangkitan Rakyat di Rumah Ustaz Rivai pada 18.1.13 (Hari Jumaat)

Angkatan Muda Keadilan [AMK] Cabang Tambun dengan hormatnya mnjemput Tuan/Puan Ke

MALAM KEBANGKITAN RAKYAT
ZON KAMPUNG TENGKU HUSEIN & TAMAN KLEDANG JAYA

TARIKH: 18 JANUARI 2013
HARI JUMAAT
MASA: 7.00 PETANG HINGGA 11 MALAM

BERTEMPAT DI RUMAH USTAZ RIVAI BATUBARA
239A, JALAN KELEDANG, KG TENGKU HUSSEIN TAMBAHAN, IPOH, PERAK

Aturcara:

1. Solat Maghrib Berjemaah
2. Tazkirah
3. Solat Hajat
4. Solat Isya' Berjemaah
5. Bicara Politik
6. Tayangan Video

Moh Hadir Ramai-ramai dan Jemput Semua Kenalan.

RAKYAT BANGKIT, TAMBUN BERUBAH!
Ke Arah Ipoh Baru

Friday 4 January 2013

Rakyat Tambun akan membuat Perubahan!

1. Parlimen Tambun adalah konstituensi yang amat penting khususnya bagi masyarakat Melayu di dalam Negeri Perak.

2. Ianya adalah satu-satunya kontituensi tunggal berkenaan kuasa politik Melayu di dalam Bandaraya Ipoh.

3. Sehinga kini, ianya diwakili oleh pemimpin UMNO, YB Dato' Husni Hanadzlah sejak beliau memenangi kerusi ini pada tahun 1995. Sudah empat penggal berturut-turut.

4. Hari ini rakyat Tambun sudah memberikan signal kepada beliau dan partinya UMNO. Cukup-cukuplah Sudah!

5. Rata-rata kini di seluruh pelusuk konstituensi Tambun, telah kedengaran suara yang amat jelas. Rakyat Tambun menuntut Perubahan! 

Orang Muda nadi pergerakan AMK Tambun hadapi pilihanraya

1. AMK Tambun sedang menyiapkan barisan jentera pilihanraya di peringkat Parlimen Tambun pada kali ini dengan mempertengahkan seramai mungkin tenaga muda.

2. Para sukarelawan muda ini akan menjalani suatu latihan rapi bagi mempersiapkan masing-masing dengan ilmu dan pengetahuan di dalam pilihanraya.

3. Setakat ini, AMK Tambun sedang menyiapkan jentera di Ranting Penaja AMK yang sedang ditubuhkan.

4. Jentera Ranting AMK Taman Kledang Jaya telah berjaya ditubuhkan.

5. Jentera Ranting AMK Kg Tengku Hussain juga telah berjaya ditubuhkan.

6. Jentera Ranting AMK Ulu Chepor juga telah berjaya ditubuhkan.

7. Ada beberapa lagi jentera Ranting AMK di dalam Cabang Tambun sedang dalam proses pembikinan.

8. Terbaru, satu perbincangan telah selesai diadakan dan Ranting AMK Tanah Hitam sedang dalam pembikinan.

9. Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga muda yang telah menubuhkan Jentera Ranting AMK masing-masing.