Friday 4 January 2013

Orang Muda nadi pergerakan AMK Tambun hadapi pilihanraya

1. AMK Tambun sedang menyiapkan barisan jentera pilihanraya di peringkat Parlimen Tambun pada kali ini dengan mempertengahkan seramai mungkin tenaga muda.

2. Para sukarelawan muda ini akan menjalani suatu latihan rapi bagi mempersiapkan masing-masing dengan ilmu dan pengetahuan di dalam pilihanraya.

3. Setakat ini, AMK Tambun sedang menyiapkan jentera di Ranting Penaja AMK yang sedang ditubuhkan.

4. Jentera Ranting AMK Taman Kledang Jaya telah berjaya ditubuhkan.

5. Jentera Ranting AMK Kg Tengku Hussain juga telah berjaya ditubuhkan.

6. Jentera Ranting AMK Ulu Chepor juga telah berjaya ditubuhkan.

7. Ada beberapa lagi jentera Ranting AMK di dalam Cabang Tambun sedang dalam proses pembikinan.

8. Terbaru, satu perbincangan telah selesai diadakan dan Ranting AMK Tanah Hitam sedang dalam pembikinan.

9. Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga muda yang telah menubuhkan Jentera Ranting AMK masing-masing.

No comments:

Post a Comment